sayang...
andai kau tahu aku adalah untukmu, sudah pasti kau tidak akan menyakitiku...
sayang...
andai kau tahu aku adalah untukmu, sudah pasti kau menjaga aku dengan baik..
sayang..
andai kau tahu aku sangat memerlukanmu, kau pasti datang padaku tidak kira apa yang menghalang...
sayang...
andai kau tahu kehilanganmu buat aku sedih dan kecewa yang teramat, pasti kau tidak akan meninggalkanku...
sayang...
akan ku pastikan iman ku sentiasa kuat untuk menghadapi dugaan ini.. kerana aku tidak mahu jadi seperti orang yang membunuh diri kerana kehilangan cinta yang setitis.. kerana aku tahu aku masih mempunyai selautan cinta dari Allah...
yang lebih membawaku kepada kebenaran, kesedaran tentang hidup yang sangat berharga.. telah Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya jika hambanya patuh dan taat kepada NYA...
tidak aku kesali pertemuan kita.. tapi amat aku kesali sikapmu...
sayang...
biar susah dan sakit untuk melupakanmu, akan ku cuba sehabis daya.. kerana aku sedari kau bukan untuk aku dan ada yang lebih baik menanti mu dan juga diriku......;)
No comments:
Post a Comment